Proses Pembelajaran: Pembelajaran Teradun Gantian dan Pandemik

Generalisasi pembelajaran teradun gantian kini diterapkan di institusi pengajian tinggi. Pembelajaran teradun gantian menggabungkan pembelajaran secara bersemuka dan tidak bersemuka (penggunaan media teknologi) dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pembelajaran, ia tidak akan mengurangkan interaksi pelajar dengan guru/ pendidik dengan pelajar yang lain; sesungguhnya ia akan menjadikan mereka lebih interaktif dan saling berkomunikasi antara satu sama lain. Namun, masih terdapat beberapa halangan dan kekangan dalam melaksanakan pembelajaran campuran. Di UMK, pembelajaran teradun gentian sudah diterapkan dengan menggunakan medium eCampus UMK yang mudah diakses terutamanya untuk memuat naik nota kuliah dengan muat naik fail, pautan dari internet seperti Youtube, atau kaedah lain yang sudah disediakan. Medium penilaian mudah diakses di e-Campus dan platform pengajaran adalah mesra pengguna. Di Fakulti Bioengineering dan Teknologi, 15 mata pelajaran telah menggunakan pembelajaran teradun gantian dengan 40 hingga 60% sukatan pelajaran menggunakan pendekatan dalam talian.

Tetapi, pada awalnya terdapat masalah dalam melakukan pembelajaran teradun gantian seperti kurangnya minat dalam kaedah pembelajaran secara moden untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. e-Campus menyediakan pelbagai platform maklumat, khususnya kursus dalam talian setiap kursus universiti yang diambil. Untuk menjadikan kursus dalam talian menarik, pensyarah akan lebih berinovatif dan mengatur pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kurangnya penglibatan pelajar untuk kursus dalam talian menjadi kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran teradun gantian. Ini kerana, kursus dalam talian secara teradun gantian adalah pembelajaran di mana pelajar akan belajar tanpa kehadiran secara fizikal mana-mana tenaga pengajar sebagai entiti. Ramai pelajar, kerana kurang berminat, tidak dapat mengikuti kursus dalam talian ini dengan baik. Sebilangan dari pelajar adalah jarang dilihat berada dalam talian tiada kewujudan pensyarah sacara fizikal yang menjadi pendorong. Pensyarah memainkan peranan untuk mengawasi aktiviti dalam talian para pelajar. Untuk meningkatkan kesediaan mereka, kehadiran mesti diambil secara dalam talian selepas setiap penyertaan dan menggunakan sama ada mengimbas kod QR. Untuk setiap kelas dalam talian, pensyarah mesti bertanggungjawab untuk memperuntukkan masa tertentu dan menyediakan bahan yang berkesan untuk pelajar.

Itu adalah kisah pembelajaran teradun gantian sebelum kehadiran pandemik. Sekarang, kita telah melalui 3 semester pembelajaran dalam talian sepenuhnya di pengajian peringkat pendidikan tinggi. Ketika wabak covid mula melanda negara, sesi pengajian hanya sempat bersemuka selama satu bulan sahaja untuk sesi Semester Februari 2020 sebelum semua pelajar perlu pulang ke rumah. Jadual akademik kemudian berubah secara drastik disebabkan oleh situasi yang tidak dijangka yang dihadapi. Proses pembelajaran secara rasmi diubah kepada synchronous dan asynchronous yang memberi persekitaran baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara pensyarah dan pelajar sebagai penerima pengetahuan. Synchronous adalah proses pembelajaran berlaku pada waktu sebenar semasa perkongsian pengetahuan antara pensyarah dan pelajar sementara yang asynchronous adalah proses pembelajaran bukan dalam masa yang sama sebagai contoh dengan menggunakan rakaman dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan penilaian berterusan? Pelajar masih perlu melengkapi penilaian agar pensyarah dapat menilai input dan pengetahuan mereka. Walau bagaimanapun, jenis penilaian berubah kerana proses pembelajaran bersemuka tidak dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, untuk beberapa subjek, terdapat aktiviti makmal yang perlu mereka jalankan. Walaupun terdapat kekangan, pensyarah perlu mempunyai idea kritikal sama ada untuk meneruskan makmal atau mengubah cara penilaian. Walau bagaimanapun, jika ada peluang untuk meneruskan aktiviti makmal, pelajar akan meneruskan aktiviti makmal mereka di rumah. Ini bermakna, akan ada varisi untuk menilai pelajar dengan tidak hanya menumpukan pada melakukan tugas berdasarkan penulisan. Walau bagaimanapun, untuk menyelesaikan penilaian, tugasan masih diperlukan tetapi bergantung kepada kesesuaian. Aplikasi lain yang digunakan dalam pembelajaran adalah seperti Padlet, Kahoot !, dan Chat kini 100% digunakan manakala Google Meet, Webex dan Microsoft team digunakan sebagai media untuk mengajar dengan berbantukan aplikasi lain untuk tujuan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa musim pandemik.

Disediakan oleh,

Dr. Norfadhilah Ibrahim